Bukan semua orang dilahirkan dalam keadaan normal seperti kebanyakan orang lain. Ada antara kita yang dijadikan olaeh Tuhan dengan dilahirkan dalam kekhilafan. Golongan yang digelar orang kurang upaya (OKU) ini tidak harus kita pinggirkan, semasa kita sibuk mengejar kecanggihan teknologi kini.
Sebagai masyarakat yang cakna atau bertanggungjawab, kita wajarlah membantu golongan ini menikmati hidup yang sama seperti mereka yang normal. Mereka harus diberi peluang untuk menerima pendidikan yang sempurna agar mereka dapat menuntut ilmu dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan ialah menyediakan kelas-kelas pendidikan khas di kebanyakan sekolah.
Selain itu, pihak majikan harus membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada OKU. Hal ini kerana OKU sememangnya terkenal dengan kemahiran dan ketekunan dalam melakukan sebarang pekerjaan. Gaji yang ditawarkan mestilah sama dengan gaji yang diberikan kepada pekerja-pekerja yang normal agar OKU tidak berasa mereka dipinggirkan.
Kesimpulannya, OKU mampu untuk memberi sumbangan dalam arus pembangunan negara kita. Mereka harus diberiruang yang luas agar mereka dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain yang sempurna sifatnya.
No comments:
Post a Comment