Sinaran mentari memancar pada diriku. Aku terdengar burung berkicau-kicauan. Mataku mencari tuanku tetapi fikiranku melayang ke masa silamku yang agak pahit.
Aku merupakan sebuah kereta terpakai. Tuan aku yang sebelum in merupakan seorang lelaki yang suka melumba haram. Aku merupakan sebuah kereta yang canggih. Nama aku pula Lancer Evo. Aku berwarna hitam. Aku diubah suai dengan pelbagai aksesori yang tercanggih dan terkini. Oleh itu, kami sering menang. Ego mulai menguasai aku dan tuanku. Kita pula menjadi sombong.
Pada suatu malam, tuanku membawaku ke jalan raya yang tidak lagi digunakan. Di situ, aku berjumpa dengan sebuah sebuah kereta yang cantik juga seperti aku dan badannya dihiasi dengan pelbagai aksesori. Kami mula melumba. Akibat cuai dan lalai aku dan tuanku ditimpa dalam kemalangan yang teruk. Bahagian depanku remuk. Tuanku hanya cedera ringan.
Oleh sebab keadaan aku yang teruk dan tidak boleh dipakai untuk dilumba, tuanku menjual aku ke sebuah kedai kereta terpakai. Beliau pula membeli sebuah kereta yang lain. Kereta tersebut juga digunakan untuk melumba haram. Tuanku langsung tidak menyesal. Aku pula dihantar ke bengkel. Ake dirawat dan dijual kepada seorang lelaki.
‘Klik klak’ terdangar bunyi dan aku pula tersedar daripada lamunan aku. Oh... rupa-rupanya tuan baruku sedang menutup pintu. Ok, kawan-kawan aku kena membawa tuanku ke pejabat. Jumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment